Friday, March 30, 2012

La Tahzan 160-4: Ijmak Mereka atas Tiga Hal, أجمعُوا على ثلاثةٍ

Tips Tambahan untuk menyembuhkan kesedihan:
إيَّاك وتصديق الأراجيفِ والشائعاتِ ، فإنَّ الله قال عنْ أعدائِه
terj: (4) Jauhilah desas-desus (khabar angin) dan gossip, sebab Allah berfirman kepada musuh-musuhNya:
(يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْAQS al-Munafiqun, 63:04 [Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka]. Tafsir Ibn Kathir, orang munafik merasakan setiap peristiwa, perkara, ketakutan ditujukan kepada mereka. Maka inilah asas mereka menyibarkan khabar angin dan gossip. 
وعرفتُ أناساً منْ سنواتٍ عديدةٍ ، وهمْ ينتظرون أموراً ومصائب وحوادث وكوارث لمْ تقعْ ، ولا يزالون يُخوِّفون أنفسهم وغيرهم منها، فسبحان الله ما أنكدُ عَيْشَهمْ !! ومَثَلُ هؤلاءِ كالسجينِ المعذَّبِ عند الصينيين ، فإنهمْ يجعلونه تحت أنبوبٍ يقطُرُ على رأسِهِ قطرةً من الماءِ في الدقيقةِ الواحدةِ ، فيبقى هذا السجينُ ينتظرُ كلَّ قطرةٍ ثمَّ يصيبُه الجنونُ ، ويفقدُ عقله
terj: (5)  Sebab seterusnya yang menyebabkan kesedihan dan kemurungan ialah sikap suka menunggu kemunculan pelbagai perkara, seperti bencana, kejadian, peristiwa (termasuk al-Mahdi al-Muntazar), padahal ia tidak pernah berlaku pun. Sikap suka menunggu itu akan menakutkan mereka dan orang lain. Maha Suci Alah, alangkah sengsaranya kehidupan mereka!
Perumpamaan mereka adalah seperti kisah banduan yang terpenjara di penjara China (penjara Sing Sing, sekitar tahun 1860, wikipedia), di mana banduan akan diikat kuat dan kemudian dititiskan air di atas dahi mereka setitik demi setitik. Titisan air itu amat menyiksakan mereka dan menyebabkan banduan-banduan tersebut menjadi gila. Sebab mereka menjadi gila ialah kerana mereka tidak tahu bila air akan menitis ke atas dahi mereka.

banduan China di titiskan air di dahi mereka
وقدْ وصف اللهُ أهل النارِ فقال
 Terj: Inilah juga bayangan keadaan penghuni neraka yang digambarkan oleh Allah SWT:

لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا
AQS Faathir, 35:36 [Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya]
Kata Ibn Kathir:  penghuni Neraka ni dalam keadaan antara hidup dan mati
لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيى
AQS al-A`laa, 87:13 [Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup].

No comments: