Tuesday, March 6, 2012

La Tahzan 156-1: Perhatikan Lahir dan Batin, اعتنِ بالظاهرِ والباطنِ

Kata al-Qarni:
صفاءُ النفسِ بصفاءِ الثوبِ ، وهنا أمرٌ لطيفٌ وشيءٌ شريف ، وهو أنَّ بعض الحكماءِ يقولُ : منِ اتسخ ثوبُه ، تكدَّرتْ نفسُه . وهذا أمرٌ ظاهرٌ

terj: Kebersihan jiwa terserlah pada kebersihan pakaian. Ia adalah suatu bidalan yang lembut dan mulia.  Sebahagian hukama' (ahli hikmah) berkata: "seorang yang kotor pakaiannya, kotorlah pula  jiwanya." Ia adalah suatu yang memang jelas (akan kebenarannya).
foto hiasan, berpakaian kemas tidaklah sampai ketahap ni...

Nota: pakaian yang bersih dan kemas mencerminkan keadaan batin (kerohanian) kita.
وكثيرٌ من الناسِ يأتيهِ الكَدَرُ بسببِ اتساخ ثوْبِهِ ، أو تغيُّرِ هِندامِهِ ، أو عدمِ ترتيبِ مكتبتِهِ ، أو اختلاطِ الأوراقِ عنده ، أو اضطرابِ مواعيدِه وبرنامِجِه اليوميِّ ، والكونُ بُني على النظامِ ، فمنْ عَرَفَ حقيقة هذا الدِّينِ ، علم أنه جاء لتنظيمِ حياةِ العبدِ ، قليلِها وكثيرِها ، صغيرِها وجليلِها ، وكلُّ شيءٍ عنده بحُسْبانٍ

terj: Ramai manusia dihingdapi kecelaruan jiwa kerana beberapa faktur:
  • pakaian yang kotor (dan selekeh);
  • penampilan tidak konsisten
  • pejabatnya yang bersepah
  • kertas-kertas yang berantakan
  • temujanji yang tertangguh
  • program harian yang tidak terurus
Padahal alam buana ini dicipta dengan sistem yang tersusun rapi dan tujuan agama diturunkan adalah untuk mengurus kehidupan hamba baik baik urusan sedikit atau banyak, kecil atau besar dan segala sesuatu ada hisab di sisi-Nya. Firman Allah:
مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ

AQS al-An'am 06: 38 [Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab]

Nota: Dalam hal ini, umat Jepun adalah yang paling kehadapan dalam soal pengurusan diri, pakaian, tempat tinggal, dan suasana di pejabat. Mereka memperkenalkan kepada dunia sistem kebersihan Jepun yg dikenali dengan sistem kebersihan 5S:
  • sisih (membuang apa yg tidak perlu)
  • susun (susunan barangan di sekitar kita yg sistematik)
  • sapu (pembersihan harian)
  • seragam (amalan kehidupan yang seragam dan standard)
  • sentiasa amal (jadikan kebersihan dan tersusun sebagai budaya hidup)

No comments: