Wednesday, February 1, 2012

Travelog USA 41: Proses Mencari calon Isteri bermula 5.0

mungkinkah Akhowat Impian?
Oleh kerana taaruf dengan ukhti SF sudah berkecai, aku masih ada dua biodata lagi,, semuanya akhowat kelate, seorang ukhti Kalamazoo dan ukhti Missouri. Oleh kerana bilangan  akhowat Kalamazoo sekarang sudah mencecah 12 orang , khabar kegagalan proses taaruf thtl-SF sudah tersebar di kalangan mereka. Aku merasa sedikit tertekan untuk propose kepada calon yang seterusnya. Ini kerana kemungkinan proposal aku akan ditolak kerana biasanya orang perempuan tidak suka menjadi pilihan  kedua (second choice). Namun, aku memberanikan diri menemui bro SA dan isterinya ukhti R supaya mereka melamar ukhti Kalamazoo dari Kelantan yg kedua untukku. Ukhti Kelantan yg kedua ni, ukhti A, dalam jurusan BBA Finance. Bro SA dan isterinya akan segera menunaikan hajatku dan akan memaklumkan secepat mungkin keputusannya. Aku amat berdebar dan rasa susah hati kerana baru saja putus tunang dan khabar putus tunang itu sudah tersebar di kalangan akhowat Kalamazoo. Jika lamaran kedua ini gagal, maka aku terpaksa menggunakan plan C (terpaksa mencari akhowat dari negeri lain). Aku banyak melakukan munajat dan solat Hajat supaya hasratku akan termakbul.
Tiga hari kemudian..alhamdulillah, gud news, lamaranku diterima. Maka pada hujung minggunya, aku segera mengatur temujanji untuk menemui ukhti A untuk sesi taaruf yang pertama di rumah bro SA dan zaujahnya di kediaman rumah kelamin mereka di Elmwood apartments.
sessi taaruf - foto sampel sahaja
Pada sessi taaruf, kami melakukan pertukaran borang biodata yang standard dan lebih detail. Kemudian, kami akan berborak mengenai latarbelakang keluarga. Kami langsung tidak menyentuh isu SF dan alhamdulillah, aku andaikan, beliau tidak tahu menahu akan hal itu. Aku terkejut kerana ukhti A ni adalah berasal dari pekan yang hampir dengan kampungku dalam sekitar 10KM (inilah maksud pepatah melayu, ikan dil laut, asam di darat, akhirnya bertemu di dalam belanga, maksudnya belajar begitu jauh di amerika, tapi rupa-rupanya asal dari satu daerah jua), ayahnya seorang HM atau Gurubesar.  Dalam kepalaku, kalau Gurubesar ni, di Kelantan, sudah dikira famili middle class family laa..Aku dah mula terbayang kesukaran dan halangan seperti mana yg aku alami semasa taaruf dgn ukhti SF dulu. Namun ukhti A memberi keyakinan, dia akan berusaha keras meyakini parent beliau bahawa hasrat untuk berkahwin di US akan tercapai jua. Kami dalam satu fakulti, BBA program, namun, aku pengkhususan dalam Management science, manakala beliau dalam jurusan Kewangan. Ukhti A ni berada satu semester lebih advance dariku dan beliau dijangka akan graduate satu semester lebih awal dariku. Tanpa aku sedari, ukhti A akan grad dalam masa 2 bulan saja  kerana semester musim sejuk akan berakhir 2 bulan lagi. Aku sudah memasang angan-angan, jika dia grad awal, maka mudahlah proses perkahwinan kami. ini kerana beliau sudahpun memohon dari penaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat MBA pulak.
Kami sempat bertaaruf dalam 3-4 sessi lagi dan nampak ada keserasian antara kami. Juga berserempak 4-5 kali semasa di kampus dan sempat jugalaa borak-borak. namun, oleh kerana kami sudah di tahun akhir, maka tidak ada lagi peluang untuk menghadiri kuliah yang sama.

Dua bulan kemudian, ukhti A telah tamat peperiksaan dan lulus dengan cemerlang dalam BBA Finance, aku memberi kad dan mengucapkan tahniah kepadanya. Namun aku tidak hadir pada hari konvo beliau kerana di US, hari Konvo adalah suatu rutin yg biasa saja, tiada glamer apa-apa, mungkin sejarah pengajian mereka yg sudah berusia ratusan tahun.
  Bad news! Penajanya iaitu Risda telah memanggil beliau pulang dengan kadar segera. Ini kerana permohonan beliau untuk sambung Masters tidak berjaya. Hasratku berkubur serta merta...kami sudah ada rasa umphh.., sudah ada keserasian, namun..nampaknya sekali lagi tidak kesampaian...aku terpaku layu....TBC

No comments: